Monday, September 8, 2014

TEAM BUILDING TAMAN NEGARA

XPDC TAMAN NEGARA ( 3 - 6 SEPTEMBER 2014 )

ASSALAMUALAIKUM.......

  Salam hormat kepada pengunjung2 blog KVBP yang sudi meluangkan masa dan pastinya tertunggu-tunggu apakah aktiviti2 seterusnya dari kami.

   Pada 3 - 6 september, seramai 19 orang guru ( termasuk 2 pemandu ) dan 25 orang pelajar telah menyertai satu xpdc ke Taman Negara Pahang. Tujuan utama xpdc ini adalah sebagai penghargaan Unit Koko KVBP kepada pasukan bola tampar perempuan dan pasukan softball perempuan yang berjaya melayakkan diri mewakili Negeri Pulau Pinang ke Kejohanan Voktek Kebangsaan di Negeri Sembilan yang lalu.

   Di antara aktiviti yang dijalankan ialah canopy walk, water confident, rapid shooting dan melawat kampung orang asli Kaum Batek. Kami juga dijemput oleh Jabatan Perikanan Pahang untuk menyertai program melepaskan anak ikan kelah. 

   Alhamdulillah program ini berjalan lancar seperti yang dijadualkan..